Catatan Kecilku

Perjalanan mencari Ilmu sungguh Indah

Syair – hanya terjemahan

1. KEAIBAN PADA DIRI KITA
Syair Imam Shafi’i

Kita kerap meyalahkan zaman ini,

sedang keaiban sebenarnya ada pada diri kita,

tiada sembarang aib pada zaman kita,

kecuali diri kita sendiri.

Kita kerap mencerca zaman ini tanpa jenayah dilakukannya..

kalau zaman dapat berkata, tentulah ia mencaci kita kembali

Dunia kita adalah lakonan dan menunjuk-nunjuk..

sebenarkan kita memperdaya Yang Maha melihat kita

Si serigala tiadalah pernah memakan daging rakannya ..

sedangkan kita kerapkali makan daging semasa sendiri

2. JAGA SUARA

Jagalah suara bila bertutur di malam hari…

Lihat sekeliling sebelum berkata di siang hari

3. KUTUKAN TERHADAPKU

Sekiranya datang padamu kutukan terhadapku dari orang yang kurang (akhlaknya dan ilmunya)…

Itulah buktinya bahwa aku ini sebenarnya sempurna tiada kekurangan

4. TIADA INSAN MENGUSAI SEMUA ILMU

Tiada seorangpun yang mengetahui semua ilmu .. Tiada ! sekalipun dia pelajarinya 2 ribu tahun

Ilmu itu ibarat lautan saujana luas terbentang… Ambillah daripada setiap perkara itu apa yang terbaik

5. TANAM BENIH PERMUSUHAN

Bila anda memungkiri seseorang, awasi lah permusuhannya (terhadapmu) … Sesiapa menanam pohon duri tiada dapat menuai anggur

6. ANTARA KEKAYAAN & KECERDIKAN

Kalau (kemewahan) dunia diperolehi dengan kecerdikan semata-mata .. dan juga akan, sudah tentu akan menduduki pangkat teratas

Tapi rezeki itu adalah pembahagian dan nasib .. kurnian Tuhan dan bukan kerana usaha orang yang mendapatnya

7. AKAL DAN PENGAJARAN

Bilamana seseorang ada akal fikiran .. dalam semua perkara baginya pengajaran

8. MENGETAHUI SEJARAH

Bukanlah insan bukan juga alim .. orang yang dirinya jahil sejarah

Sesiapa yang arif sejarah orang – orang terdahulu .. sesungguhnya ia telah menambah umur-umur mereka kepada umurnya

9. BUKU ITU SEBAIK TEMAN

Sebaik-baik teman berbual dan lepak-lepak itu ialah buku .. kau bersendirian bersamanya ketika sahabat-sahabatmu menjemuimu

Buku tidak membocorkan rahsia bila kau amanahkannya .. bahkan diperolehi darinya hikmah dan kebenaran

10. BERSATU TEGUH

Tombak- tombak kalau bersama tidak akan dapat dipatahkan .. Apabila terpisah antara satu sama lain, ia akan patah satu demi satu

11. PAPA DI BUMI SENDIRI

Kemiskinan di bumi sendiri adalah keasingan (umpama orang asing).. Berharta di negara asing itulah sebenarnya anak watan (negara itu)

Bumi ini (di mana-manapun) hanya satu … manusia semuanya adik beradik dan berjiran

12. NILAI ILMU DAN KEDUDUKAN GURU

Ilmu adalahah sebaik apa yang dicapai tangan… begitu besar tangan (jasa) guru ku ke atasku.

Nyawaku taruhan bagi guruku, kerana dialah jernihnya kehidupanku.

Dialah merawatku daripada penyakit jahil… yang tiada dapat dilakukan oleh doktor yang agong.

Ilmu ibarat rumah dan guru umpama tangga.. dari mana lagi ingim ke rumah kalu tidak melalui yangganya ?

Maka ketahuilah hak seorang guru kerana dengan bantuannya dikau mengenali kebenaran ketika remaja.

Ilmu itu kalau engkau insafi, engkau tiada dapat menyamakannya dengan barangan dunia yang hilang dan lesap.

13. TIADA YANG DILAHIRKAN TERUS BERILMU

Belajar, sesungguhnya seseorang itu tidak dilahirkan alim,
dan tiadalah orang berilmu menyamai orang yang jahil.

Sesungguhnya pembesar kaum yang tiada ilmu,
menjadi kecil bila dikerumuni bala tenteranya (meminta pandangannya).

Seorang yang hina sekiranya berilmu,
ia menjadi besar bila dikerumuni oarang ramai (yang ingin belajar).

Jadi, janganlah redha dengan kerendahan (kehinaan),
Dan janganlah nasib hanya berpada dengan apa yang ditinggal orang terdahulu.

14. BUKAN SEMUA SAMA

” Bukan semua yang putih itu lemak,dan bukan segala yang hitam itu arang !”
– Bait syair Arab –

15. HASIL TANGANKU

Tanganku akan hancur di dalam tahah,
Yang kekal hanya tulisanku di atas buku,
Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku,
Doakan keselamatan aku dari azab.

sumber: http://dutabenjeng.wordpress.com/syair-syair-arab/

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: